Translate

Monday, February 22, 2021

Lelaki sakit mata rempuh sekatan jalan

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

SETIU - Pasukan keselamatan terkejut apabila sebuah sebuah kenderaan pacuan empat roda merempuh satu sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Bintang, Permaisuri di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 12.10 tengah hari itu menyebabkan tiga kon dan sebuah lampu kilat amaran yang dipasang di kawasan SJR berkenaan mengalami kerosakan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut yang berusia 59 tahun mendakwa tidak sengaja melanggar SJR itu kerana mengalami masalah penglihatan.

"Sewaktu kejadian, pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Krai, Kelantan dari Kuantan, Pahang atas urusan peniagaan.

"Rempuhan tersebut menyebabkan tiga kon dan sebuah lampu kilat amaran rosak. Tiga anggota polis dan dia anggota tentera bertugas terselamat," katanya di sini semalam.

Afandi berkata, lelaki terbabit mendakwa mempunyai masalah penglihatan dan masih menerima rawatan berhubung penyakit itu di sebuah hospital di Kota Bahru, Kelantan.

Katanya, pemandu kenderaan itu juga mendakwa baharu 15 minit menggunakan ubat mata sebelum insiden rempuhan SJR tersebut berlaku.

"Pemeriksaan awal mendapati dia yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini atas tujuan perniagaan.

"Ujian urin lelaki itu negatif dan dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya.

Kes tetap disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967.

No comments:

Post a Comment