Translate

Tuesday, February 23, 2021

17 pemborong LPG Terengganu tidak selenggara buku stok

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Gara-gara culas menyelenggara buku stok barang kawalan, 17 pemborong tong gas petroleum cecair (LPG) bakal berhadapan dengan hukuman didenda sehingga RM2 juta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Pengarah KDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, kesalahan tersebut dikesan dalam operasi selama empat hari dijalankan di seluruh negeri yang berakhir semalam.

“Ia melibatkan tujuh pemborong di Kemaman, Kuala Terengganu (enam), Besut (tiga) dan Dungun (satu).

“Mereka didapati tidak merekod butiran penjualan dan pembelian dengan lengkap iaitu tarikh, kuantiti, harga, nama dan alamat pembeli serta pembekal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Saharuddin berkata, pasukan penguatkuasaan terlibat telah bertindak menyita buku stok dan invois jualan semua 17 pemborong berkenaan bagi siasatan lanjut.

Menurut beliau, kegagalan menyelenggara buku stok barang kawalan dipandang serius KPDNHEP kerana ia boleh mengundang elemen penyelewengan yang dikhuatiri menyebabkan gangguan bekalan.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 jura atau penjara sehingga tiga tahun bagi pesalah individu jika sabit kesalahan,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment