Translate

Sunday, February 28, 2021

Pemandu lori edar dadah RM22 juta ke tali gantung

KUALA TERENGGANU - Perbuatan tamak seorang pemandu lori mengedar dadah berjumlah RM22 juta berbalas selepas dia dijatuhi hukuman mati manda tori oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan huku man itu ke atas Mohammad Ishak Ramli, 37, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

Mahkamah bagaimanapun melepaskan dan membebaskan seorang lagi tertuduh. Nur Mu hammad Izzudin Nordin, 29, yang merupakan kelindan lori daripada pertuduhan sama.

Dua lelaki itu dituduh menge dar methamphetamine seberat 203.9467 kilogram.

Kesalahan dilakukan di dalam ruang muatan sebuah treler jenis Volvo yang diletakkan di tepi se buah rumah di Kampung Rawai, Bukit Payong, Marang pada pukul 11 malam. 25 September 2017.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mempbawa hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya. Ahmad Fadhli Mahmud dan Amer Abu Bakar Abdullah.

Mohammad Ishak diwakili peguam, Datuk Sukri Mohamed. manakala Nur Muhammad In- zudin pula diwakili Mazlan Md. Zain.

Akhbar 28 September 2017 lalu melaporkan enam lelaki di tahan dalam serbuan di Tereng ganu dan Pulau Pinang yang membawa kepada kejayaan ram pasan 309 kg syabu.

No comments:

Post a Comment