Translate

Tuesday, February 23, 2021

Dua lelaki curi emas RM40,00 ditahan

DUNGUN - Dua lelaki yang dipercayai melarikan dua utas rantai emas bernulai kira-kira RM40,000 di sebuah kedai emas di Marang minggu lalu ditahan kelmarin.

Kedua-dua suspek yang berusia 30 dan 32 tahun ditahan di lokasi berasingan di daerah ini bermula pada pukul 9.30 malam.

Ketu Polis Daerah Marang,  Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, suspek utama berusia 32 tahun ditahan di sebuah rumah di Paka dekat sini.

"Seorang lelaki berusia 30 tahun yang disyaki rakan sejenayah suspek pertama juga telah ditahan di lokasi berasingan di daerah ini tidak lama kemudian.

"Barangan kemas yang dipercayai dilarikan sebelum ini juga telah dijumpai," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Mohd. Zain berkata, sebuah kereta Proton Gen 2 yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan perbuatan jenayah berkenaan juga telah dirampas.

Menurutnya, sebelum ini, polis menerima laporan dua utas rantai emas yang dianggarkan bernilai RM40,000 telah dilarikan di sebuah kedai emas di Marang pada pukul 5.10 petang, 24 Disember lalu.

"Suspek dikatakan berpura-pura menjadi pelanggan dan mahu melihat barangan kemas berkenaan sebelum melarikannya.

"Kedua-dua suspek telah dibawa ke Balai Polis Marang untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri," tambahnya.

No comments:

Post a Comment