Translate

Monday, February 1, 2021

73 kali Hutan Terengganu diceroboh tahun lalu

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Hutan Terengganu yang menyimpan banyak khazanah berharga termasuk kayu balak bernilai tinggi dikesan telah dicerobohi sekurang-kurangnya 73 kali pada tahun lalu.

Pengarah Perhutanan negeri, Roslan Rani berkata, 45 kertas siasatan telah dilakukan berikutan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil sebagai respons terhadap pencerobohan tersebut.

“Tujuh kes telah dihadapkan ke mahkamah manakala 30 pesalah mencuri hasil hutan lain telah dikenakan kompaun.

“Nilai kompaun dan ganti rugi akibat kegiatan pembalakan haram dan mencuri khazanah hutan di Terengganu pada tahun lalu mencecah RM1.37 juta,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Roslan berkata, pihaknya mengambil serius sebarang kegiatan pencerobohan hutan di negeri ini yang bukan sahaja menyebabkan kerugian jutaan ringgit malah menggugat kelestarian ekosistem alam semulajadi.

Sehubungan itu, beliau berkata, Jabatan Perhutanan Terengganu mengambil inisiatif melancarkan Ops. Katang bagi mengekang aktiviti pembalakan haram pada musim perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.  

Seramai 55 pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Perhutanan negeri terlibat dalam Ops. Katang yang bermula hari ini (semalam) sehingga 14 Februari depan,” katanya. -K! ONLINE

No comments:

Post a Comment