Translate

Sunday, February 28, 2021

Maut selepas 11 jam bertarung nyawa

HULU TERENGGANU - Seorang warga emas yang sedang berjalan kaki maut selepas dirempuh sebuah motosikal ditunggangi seorang pemuda sekampung di Kilometer14, Jalan Kuala Berang-Sekayu-Belukar Bukit berhampiran Kampung Padang Setar, Sekayu di sini kelmarin.

Mangsa, Ahmad Taib, 84, yang cedera parah di bahagian kepala telah meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada pukul 11.28 malam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata,  penunggang motosikal berusia 26 tahun pula mengalami cedera ringan.

Kejadian berlaku di hadapan sebuah padang di Kampung Padang Setar, Sekayu pada pukul 12.45 tengah hari.

"Semasa kejadian, penunggang motosikal jenis Honda EX5 yang bekerja sebagai pembantu kedai perkakasan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah Kampung Sekayu.

"Lelaki itu kemudiannya tidak dapat mengelak mangsa yang dikatakan berjalan kaki di laluan kanan," katanya di sini semalam.

Mangsa meninggal dunia selepas hampir 11 jam menerima rawatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments:

Post a Comment