Translate

Wednesday, October 7, 2026

PPM rampas burung bernilai RM709,950

KUALA TERENGGANU – Gara-gara membela unggas yang di lindungi tanpa mempunyai lesen yang sah, tiga individu termasuk dua wanita diberkas dalam operasi dilaksanakan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga di Kampung Binjai Manis, Manir, di sini pada Ahad lalu. 

Operasi selama sejam 20 minit yang berakhir pada pukul 5.30 petang itu berjaya me rampas lebih 50 ekor burung dilindungi pelbagai jenis den gan anggaran nilai keseluruhan RM709,950. 

Beliau berkata, operasi yang dijalankan bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) itu bertujuan membanteras ak tiviti menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa lesen. 

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Mohd. Khairuddin Jamal berkata, kesemua burung tersebut dite mukan dalam serbuan di dalam enam rumah di perkampungan terbabit.

 “Antara hidupan liar yang dirampas ialah 38 ekor burung luris leher, ruak-ruak (sembi lan) dan murai batu (dua). 

“Selain itu, pelbagai spesies burung dilindungi lain seperti daun besar, punai tanah, ke licap kunyit, merbau kapur, bayan serindit, merbah jambul, bayan puling dan daun sayap biru turut disita,” katanya di sini semalam. 

Mohd. Khairuddin berkata, serbuan turut berjaya meram pas 60 unit sangkar burung. Beliau berkata, tiga individu berusia 23 hingga 46 tahun yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Kuala Terengganu di sini, untuk tindakan lanjut.

 “Mereka disiasat mengikut Seksyen 60(1)(A) Akta Pemuli haraan Hidupan Liar 2010 dan Seksyen 68(1) (A) Akta sama.

 “Orang ramai diseru agar tidak terlibat dalam aktiviti pe milikan atau pemerdagangan hidupan liar,” katanya. 

Tambahnya, PPM Wilayah Tiga akan terus memperkukuh kerjasama dan perkong sian maklumat risikam bagi mengekakang aktiviti penye ludupan dan pemerdagangan hidupan liar berkenaan

No comments:

Post a Comment