Translate

Wednesday, February 24, 2021

Taktik pasangan gali lubang sorok dadah terbongkar

 

MARANG - Hasrat pasangan tunang untuk melangsungkan perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka ditahan bersa ma dadah bernilai RM565,150 di Kampung Jambu Bongkok, Merchang di sini baru-baru ini.

Dalam operasi pada pukul 1 pagi itu, polis merampas syabu seberat 2051.9 gram (g), heroin (1,096.8g), pil kuda (899g) dan 4.5 liter ubat batuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Tium Ming Kung berkata, suspek pertama seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berdekatan rumah sewanya. 

"Pemeriksaan mendapati bungkusan yang dipegangnya adalah dadah. Lelaki itu kemu dian membawa polis ke sebuah rumah berdekatan.

"Serbuan di dalam rumah yang baru sebulan disewa itu membawa kepada penahanan seorang wanita berusia 21 ta hun yang juga tunang suspek, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini semalam.

Ming Kung memberitahu, pasangan yang dipercayai ber giat aktif mengedar dadah pada hujung tahun lalu itu kemudian menunjukkan lokasi mereka menyorokkan bahan terlarang tersebut di belakang rumah sewa berkenaan.

Jelas beliau, suspek menyorokkan syabu di dalam em pat lubang di belakang rumah sewa itu bagi mengelakkan ke giatan mereka dihidu polis.

Selain dadah dan tangkapan, polis merampas wang tu nai RM42,000, sebuah kereta jenis Suzuki Swift, barangan kemas dan sebuah motosikal.

Pasangan tersebut dipercayai memperoleh bekalan dari negeri jiran pada minggu lalu.

Suspek lelaki memiliki tujuh rekod jenayah kes pengedaran dadah dan pecah rumah.

"Pasangan itu yang dipercayai merancang untuk bernikah pada April ini ditahan te man selama tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu sias tan, Kes disiasat mengikut Sek syen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

No comments:

Post a Comment