Translate

Tuesday, February 2, 2021

Sukarelawan jururawat UniSZA sertai Misi Bantuan Covid-19

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menghantar 25 sukarelawan sebagai jururawat dalam kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, seramai 19 sukarelawan tersebut akan melapor diri di dua Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 (PKRC) Terengganu yang terletak di Kuala Terengganu bermula hari ini.

“Seramai 12 orang sukarelawan akan ditempatkan di PKRC Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, Kuala Terengganu.

“Tujuh orang sukarelawan jururawat pula bakal ditempatkan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Hassan Basri memberitahu, baki enam lagi sukarelawan tersebut pula akan ditempatkan di Pusat Kuarantin Malaysia di Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor mulai esok.

“Semoga sukarelawan jururawat UniSZA ini dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

“Pengurusan UniSZA juga sentiasa mendoakan mereka sentiasa dilindungi daripada jangkitan Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment