Translate

Tuesday, October 13, 2026

Nenek ditipu khidmat ‘tarik’ duit

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Gara gara mahu mendapatkan wang segera untuk membayar hutang, seorang wanita warga emas sang gup mendapatkan perkhidmatan ‘tarik’ duit yang dipromosikan dalam media sosial. 

 Tindakan mangsa yang berusia 73 tahun itu bagaimana pun memakan diri apabila dia menjadi mangsa penipuan se hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM80,000. 

Kejadian itu terbongkar selepas mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, di sini pada pukul 4.17 petang kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku apabila warga emas tersebut melihat satu hantaran mengenai aktiviti ‘menarik’ duit di Facebook tahun lalu.

 “Mangsa tertarik dengan perkhidmatan yang ditawarkan suspek kononnya mampu mendapatkan wang ghaib secara dalam talian. 

“Mangsa yang mahu mendapatkan wang segera untuk mem baiki rumah, menjelaskan hutang dan menyumbang kepada anak yatim kemudian menghubungi suspek bagi mendapatkan khidmat seperti dinyatakan,” katanya di sini semalam. 

Azli berkata, bagaimanapun mangsa tidak memperoleh apa-apa walaupun sudah mematuhi syarat yang ditetapkan iaitu membuat pembayaran RM30,000 kepada suspek. 

Suri rumah itu kemudian dihubungi pula seorang indi vidu tidak dikenali Khamis lalu mendakwa kononnya wang ghaib yang berjaya ditarik sudah berada dalam tangannya. 

Mangsa diminta membuat bayaran sebanyak RM50,000 sebagai denda kerana lewat mengambil wang tersebut. 

Azli berkata, mangsa hanya menuruti arahan itu selepas diyakinkan oleh suspek yang ‘menarik’ wang ghaib. 

 Mangsa melakukan 13 transaksi pemindahan wang ke dalam akaun bank yang diberi suspek sebelum menyedari dirinya diti u apabila tidak menerima wang dijanjikan. 

Kes disiasat mengikut Sek syen 420 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment