Translate

Thursday, February 25, 2021

Lembu keempat dibaham pak belang

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

HULU TERENGGANU - Harimau yang berkeliaran di kebun kelapa sawit Kampung Lubuk Periuk Ajil dekat sjni semakin mengga nas selepas membaham seekor lagi lembu semalam.

 Setakat ini sebanyak empat ekor lembu peliharaan penternak telah dibaham dua ekor harimau berkenaan dalam tempoh sembilan hari sejak Khamis minggu lalu.

Kejadian harimau mengganas yang merisaukan lebih 80 keluarga di Kampung Lubuk Periuk itu turut mendapat perhatian Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUNIA Penternak terlibat. 

Sumani Mohamad, 58, berkata, dia mengesyaki lembunya telah dibaham harimau selepas ternampak beberapa kesan tapak kaki haiwan liar itu tidak jauh dari kan- dang pada pukul 7 pagi. 

"Firasat saya tepat apabila merjumpai bangkai seekor anak lembu betina berusia enam bulan di bawah pokok kelapa sawit kira kira 10 meter dari kesan tapak kaki harimau itu ditemui.

"Kejadian ini amat membimbangkan saya dan empat rakan penternak kerana sudah empat ekor lembu jadi mangsa tahun ini,"katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Lubuj Periuk, Ajil dekat sini semalam.

Sumani berkata, perkembangan terbaharu itu tidak bukan sahaja membimbangkan penternak sepertinya malah pekebun kecil kelapa sawit di kampung itu.

Ujarnya, ramai kawan sekampung takut untuk masuk kebun kerana ancaman harimau itu walau waktu ini merupakan musim mengait buah.

"Saya minta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu segera memasang perangkap harimau di kawasan ini.

"Kami sudah tidak sanggup lagi untuk menanggung kerugian, satu demi satu lembu peliharaan telah dibaham harimau.

Sementara itu, ADUN Ajil, Maliaman Kassim berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa Perhilitan akan memasang perangkap harimau pada minggu depan.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat dua ekor harimau dipercayai ibu dan anak berkeliaran di kawasan kebun kelapa sawit itu.

"Dalam pada itu, saya akan membantu penternak terjejasdengan serangan harimau ini untuk memohon bantuan dengan Tabung Bencana Pertanian dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar," jelasnya.

No comments:

Post a Comment