Translate

Wednesday, February 24, 2021

401,105 duduki SPM 2020 norma baharu

 KUALA LUMPUR - Seramai 401,05 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menempuh pe ngalaman berbeza tajun ini apabila terpaksa menduduki peperiksaan itu dal suasana norma baharu bermula semalamm

Kesemua calon perlu be ratur dengan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, hand sanitizer selain memeriksa suhu badan sebelum kesemua mereka dibenarkan menjawab peperiksaan di 3310 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara.

Malah guru-guru turut memantau rapi pergerakan pelajar agar mereka sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Suasana berkenaan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak Mac tahun lalu .

Di Perak, seorang calon SPM 2020, Danial lerfan Hazmi, 18, memberitahu dia telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan penting itu selepas tertangguh beberapa bulan.

Saya tidak sabar dan yakin kerana sudah lama menunggu.

 "Kami pelajar pertama yang menduduki peperiksaan besar dalam tempoh Covid 19 katanya di Sekolah Menengah Kebang saan (SMK) Anderson, Ipoh di sini semalam.

Dalam pada itu di Kedah, seorang calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tobiar Pendang yang terlibat dalam ke malangan bersyukur dapat menduduki peperiksaan selepas dijemput gurunya, Zubaidi Ibrahim.

Mohd. Haizi Zamri,17, berkata, motosikal jenis Honda EXS yang ditunggang terbabas sehingga menyebabkan tangan kirinya patah selain luka di beberapa bahagian badan.

"Malangnya, kereta bapa pula rosak, saya bernasib baik apabila Cikgu Zubaldi datang membantu menghantar ke sekolah katanya yang tinggal di Kampung Charok Binu, Mukim Guar Kepayang di sini semalam.

Sementara itu di Terengganu, seorang ibu, Mastura Mohamed, 51, sanggup merentas kira-kira 22 kilometer dari Bukit Payung Marang untuk memberi sokongan kepada anak lelakinya di SMK Agama Dato' Haji Abbas.

"Anak kedua saya Adib Alaudin Kamarulzaman yang menghidap asma pernah di rantin kerana disyaki menghidap Covid-19 pada awal Februari lalu tetapi syukur negatif.

"Sudah lebih sebulan tidak berjumpa anak yang tinggal di asrama sekolah Walaupun hanya berada di luar, ia cukup membuat saya lega dan berdoa urusan anak saya dan calon SPM lain dipermudahkan," katanya.

Di Melaka seorang bapa, Amir Omar, 43, sanggup berdiri di tepi pagar sekolah hampir satu jam selepas menghantar ak lungrya, Fatin Maisara Anit, 18, ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah bagi menduduki peperiksaan SPM semalam.

No comments:

Post a Comment