Translate

Wednesday, February 10, 2021

Warga pendidik Kemaman terima sumbangan banjir daripada Ikhlas.com

IHSAN. Warga pendidik Kemaman yang terjejas dengan bencana banjir menerima sumbangan daripada anak syarikat penerbangan, Air Asia, Ikhlas.com di Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, Terengganu baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Terengganu, Mohd. Sharif Ab. Latif menerima sumbangan berkenaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.Com, Ikhlas Kamaruddin.

Beliau berkata, sumbangan tersebut berupa keperluan asas, pakaian, telekung, air minuman, cadar dan selimut yang bernilai keseluruhan RM10,000.

"Sumbangan tersebut akan disampaikan kepada 475 guru daerah Kemaman yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Ikhlas berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu mangsa banjir terlibat untuk membina semula kehidupan yang agak terjejas akibat bencana alam berkenaan.

Ujar beliau, pihaknya turut menghulurkan bantuan kepada pengusaha haiwan ternakan yang terjejas banjir di kedua-dua daerah berkenaan.

"Seramai 70 penternak berkenaan masing-masing menerima sumbangan lima tan dedak dan kit perubatan," katanya.

No comments:

Post a Comment