Translate

Sunday, February 28, 2021

Hotel bukan hendak 'lawan' penjaja kecil

 

KUALA TERENGGANU - Pengusaha hotel termasuk milik Kerajaan Negeri Terengganu tidak pernah berniat untuk menjejaskan periuk nasi penjaja kecil apabila turut membuka gerai makanan murah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, ini siatif yang diambil pengusaha hotel tidak seharusnya dilihat sebagai untuk bersaing dengan penjaja kecil sedia ada.

"Inisiatif membuka gerai lebih kepada untuk menaikkan kembali semangat kakitangan setelah operasi hotel terjejas teruk akibat Covid-19." katanya selepas menyampaikan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (Berkat) kepada wakil pemandu teksi lapangan terbang dan pemandu pelancong di sini semalam.

Beliau mengulas trend kebanyakan pengusaha hotel di Terengganu termasuk milik kerajaan negeri seperti DuyongMarina & Resort, Hotel Permai dan Hotel Primula membuka geral menjual aneka makanan semurah RM2 sebungkus. 

Senario itu menyebabkan segelintir penjaja makanan tempatan yang turut terjejas dengan Covid-19 kurang senang kerana harga ditawarkan terlalu murah dan sukar disaingi.

Ariffin menjelaskan, pengurusan hotel perlu mencari pendapatan untuk memastikan gaji kakitangan tetap dibayar pada waktu yang sukar ini.

Ujarnya, setakat ini kesemua hotel dan resort di Terengganu masih cuba bertahan dan tidak melakukan sebarang pember hentian pekerja.

"Purata kadar penginapan bilik hotel, resort dan inap desa Terengganu tidak sampai 10 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

"Ketika PKP Pemulihan pada Julai hingga November tahun lalu, purata kadar penginapan pernah mencecah 80 peratus, ujarnya.

No comments:

Post a Comment