Translate

Thursday, February 18, 2021

Tiada tanda-tanda air surut

Oleh MOHD. AZLI ADLAN, NOR YATIMIN ABDULLAH, NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN, AIMUNI TUAN LAH 

PETALING JAYA – Keadaan banjir di Pahang dan Terengganu tiada tanda-tanda untuk surut, malah semakin buruk apabila bilangan mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat secara mendadak semalam. 

Bilangan mangsa di Pahang semalam melibatkan 26,250 orang berbanding 22,968 orang kelmarin, manakala Terengganu mencatatkan 13,302 mangsa semalam berbanding hanya 8,680 orang.

 Berdasarkan aplikasi Info Banjir JKM, tiga negeri iaitu Johor, Kelantan dan Perak pula menca tatkan penurunan jumlah mang sa yang ditempatkan di PSS. 

Di Kuantan, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebanyak 302 pencawang elektrik di Pahang terpaksa ditutup akibat banjir yang mula melanda negeri ini sejak Ahad lalu. 

Menurutnya, daripada jumlah itu, 106 pencawang masih lagi ditutup, manakala 196 pencawang sudah beroperasi. 

“TNB akan memastikan lokasi yang dijadikan PPS tidak mengalami gangguan elektrik. Bagi sesetengah tempat yang terjejas teruk, kita hantar generator sokongan dan mudah alih. “Di Pahang, kami bekalkan lapan set generator untuk bekalan elektrik sementara.

 Bagi lokasi yang laluan darat terputus, kita hantar guna bot,” katanya. 

Di Kemaman, daerah ini mencatatkan bilangan mangsa banjir paling ramai di Terengganu melibatkan 11,308 orang. Kejadian itu antaranya menyebabkan dua pekerja syarikat pembalakan termasuk seorang wanita terperangkap di dalam Hutan Cherul dekat Kemaman sejak seminggu lalu sebelum diselamatkan anggota bomba semalam. 

Pekerja syarikat pembalakan berusia 30-an dan tukang masak wanita berusia 46 tahun diselamatkan bomba dengan menaiki bot pukul 3.17 petang. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Cheneh Baru, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung dua mang sa yang terperangkap di dalam rumah kongsi di hutan itu daripada rakan sekerja mereka pukul 1.30 tengah hari. 

“Rakan sekerja dua mangsa itu berjaya keluar dari kawasan pembalakan untuk mencari bantuan kira-kira empat hari lalu.

 “Anggota bomba mengambil masa 40 minit untuk meredah banjir sejauh hampir 15 kilometer untuk tiba di lokasi dua mang sa terperangkap,” katanya.

 Di Rantau Panjang, peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang dijangka bercuti sekurangkurang lima hari selepas kawasan itu ditenggelami bah ekoran limpahan air Sungai Golok sejak Rabu lalu.

 Pengerusi Persatuan Perniagaan Melayu Rantau Panjang, Ramli Abdullah berkata, air mula melimpah masuk ke kawasan zon bebas cukai itu sejak Rabu lalu. 

“Melihat kepada situasi semasa, kami jangka peniaga akan bercuti lama,” katanya. Tinjuan Kosmo! semalam mendapati, kawasan Pekan Rantau Panjang masih lagi lumpuh selepas ditenggelami banjir.

 Laluan masuk ke kawasan itu masih lagi ditutup kepada kenderaan ringan meskipun air sudah mulai surut.

No comments:

Post a Comment