Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Empat premis pejabat yang diubah suai tanpa kebenaran menjadi asrama termasuk salah satunya untuk pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di bandar raya ini diserbu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semalam.
Operasi bersepadu yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Majlis Bandaraya Kua la Terengganu (MBKT) itu men dapati kesemua premis tidak selamat sekiranya berlaku kece masan termasuk kebakaran.
Pengarah JBPM Terengganu, Nor Mahathir Muhammad berkata, pemeriksaan mendapati ke semua premis itu terma suk asrama pelajar perempuan bukan sahaja sempit dan tidak selesa, malah binaannya tidak mengikut spesifikasi ditetapkan dan hanya mempunyai satu laluan keluar.
“Kesemua lokasi (yang diser bu) bermasalah kerana menukar kegunaan daripada kelulusan asal diberi pihak berkuasa tem patan (PBT) dan ulasan JBPM.
“Kegunaan awal (premis) un tuk pejabat, namun telah dijadi kan asrama pekerja dan pela jar,” katanya selepas mengetuai pemeriksaan Operasi Sarang Burung di sebuah asrama pelajar IPT di sini semalam.
Serbuan turut dilakukan di tiga premis dijadikan asrama pekerja asing di Jalan Masjid Abidin, Jalan Engku Pengiran Anom 2 dan Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini.
Menurutnya, keempat-empat pemilik premis asrama itu di beri notis amaran mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988. Katanya, mereka diarahkan membuat permohonan menukar status kegunaan premis dengan MBKT dalam tempoh seminggu.
Ujarnya, operasi menyasarkan premis sarang burung akan terus digiatkan di seluruh Terengganu selepas ini bagi mengelak insiden kebakaran meragut satu nyawa dan 11 individu lain sesak nafas di Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur pada 12 Mei lalu berulang.
Seorang pelajar perempuan enggan dikenali yang meng huni asrama IPT itu mendakwa membayar yuran penginapan RM1,200 setiap semester. P
elajar tahun dua itu mendakwa, dua daripada tiga tingkat premis itu dijadikan asrama dan mempunyai 16 bilik dengan setiap satu dihuni dua atau tiga pelajar.
“Setiap tingkat mempunyai ruang pantri serta bilik air dan tandas di luar bilik. Ikutkan tidak selesa, tetapi saya tiada pilihan,” katanya.

No comments:
Post a Comment