Translate

Wednesday, February 17, 2021

UniSZA tubuh Covid Buster

BERSEDIA. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menubuhkan pasukan Covid Buster  bagi membasmi penularan Covid-19 dengan melakukan kerja-kerja sanitasi di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pasukan itu dianggotai oleh 20 kakitangan universiti berkenaan yang terlatih.

"Pasukan Covid Buster ini dilatih pihak bomba sebelum menghasilkan sendiri formulasi cecair disinfeksi dengan bantuan Fakulti Farmasi UniSZA.

"Selain di kawasan kampus UniSZA, pasukan ini juga membantu komuniti sekitar," katanya.

No comments:

Post a Comment