Oleh MOHD AZLI ADLAN
KUALA NERUS – Hotel Raia Terengganu mengambil inisiatif membuka gerai yang menawarkan nasi beriani dengan harga semurah RM3.
Pengurus Makanan, Minuman dan Dapur Hotel Raia Terengganu, Ismadi Kassim berkata, gerai yang telah dibuka sejak seminggu lalu itu juga menawarkan air teh tarik dengan harga cuma 50 sen.
“Selain demi kelangsungan kakitangan Hotel Raia Terengganu sewaktu penularan pandemik Covid-19 ini, kami membuka gerai tersebut bagi memberi peluang orang ramai merasai makanan bercitarasa hotel dengan harga murah.
“Selain nasi beriani ayam dan kambing, kami juga menyajikan pelbagai makanan panas dengan harga RM5 sahaja,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.
Ismadi berkata, makanan panas yang ditempah akan dimasak di hadapan pelanggan di dalam gerai tersebut.
Tambah beliau, pendekatan itu bertujuan selain menawarkan sajian secara segar dan panas-panas, pelanggan turut berpeluang menyaksikan sendiri gaya seorang chef profesional memasak makanan mereka.
“Sambutan yang diterima setakat ini sangat memberangsangkan dengan lebih 1,000 bungkus makanan dijual setiap hari. Waktu operasi gerai dari pukul 11 pagi hingga 6 petang ,” katanya. – K! ONLINE
No comments:
Post a Comment