KUALA TERENGGANU – Hajat enam individu untuk mengerjakan ibadah umrah tidak kesampaian selepas mereka disyaki menjadi mangsa penipuan oleh sebuah syarikat pelancongan di Besut.
Ketua Polis Terengganu, Da tuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, setakat ini pihaknya telah menerima aduan dari pada enam individu yang sep tutnya mengikuti pakej umrah berkenaan.
“Ini termasuk seorang wanita berusia 63 tahun yang mendakwa telah membuat pembayaran RM15,000 kepada syarikat pelancongan terbabit.
“Bayaran buat tiga peserta pakej umrah itu didakwa dibuat menerusi tiga transaksi ke dalam akaun bank diberi kan,” katanya di sini semalam.
Mohd. Khairi berkata, wanita warga emas tersebut mendakwa sebelum ini per jalanan umrahnya telah ditang guhkan sebanyak dua kali atas alasan kononnya masalah visa.
berkata, mangsa juga mendakwa pernah ke Lapangan Terbang Antara bangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan dimaklumkan kononnya visa tidak diluluskan.
“Lima individu lain turut membuat aduan berhubung pakej umrah sama. Rakaman percakapan pengadu dan saksi sedang dijalankan.
“Begitu juga wakil syarikat pelancongan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac),” katanya.
No comments:
Post a Comment