Translate

Monday, February 15, 2021

8 guru SK Sultan Sulaiman I positif

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman I di sini diarahkan ditutup selama 14 hari sehingga 5 Februari depan berikutan lapan gurunya disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

 Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, sehubungan itu, beliau telah mengarahkan penutupan sekolah tersebut mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi kawalan penularan penyakit berjangkit. 

“Sekolah itu diarahkan ditutup selama 14 hari berkuat kuasa semalam (kelmarin) sehingga 5 Februari depan bagi menge lakkan penyakit berjangkit merebak. 

“Pihak sekolah juga diperintahkan untuk melakukan kerjakerja pembasmian kuman dan sanitasi di premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

 Penutupan SK Sultan Sulaiman I berikutan penularan Covid-19 dalam kalangan guru itu telah menyebabkan pengagihan buku teks kepada murid yang dijadual hari ini terpaksa ditangguhkan.

 Difahamkan, pengurusan sekolah telah menghubungi ibu bapa murid terlibat untuk memaklumkan tentang situasi semasa terbabit. 

Sebelum ini, semua pelajar kecuali calon yang akan menduduki peperiksaan tidak hadir ke sekolah dan sekadar menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran (PdPR) di rumah sejak sesi persekolahan dibuka pada Rabu lalu.

No comments:

Post a Comment