Translate

Saturday, February 13, 2021

SWART pantau pantai berisiko musim bah

KEMATIAN akibat lemas termasuk disebabkan fenomena arus karau di kawasan pantai merupakan ancaman utama yang sering berlaku di Terengganu pada setiap musim tengkujuh. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Terengganu, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, setakat ini, empat kes kematian akibat lemas termasuk melibatkan Naim Hariri Kamaruddin, 31, telah dilaporkan di Terengganu sejak permulaan monsun Timur Laut pada awal November tahun 

“Banyak kematian disebabkan aktiviti air telah dicatatkan di Terengganu pada musim tengkujuh dari bulan November hingga Mac setiap tahun. 

“Seramai 16 maut akibat lemas pada monsun Timur Laut tahun 2018-2019, manakala bagi musim tengkujuh pada tahun 2019-2020 pula, 12 orang dilaporkan terkorban,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini. 

Sehubungan itu, Md. Hilman memberitahu, JBPM baru-baru ini telah mengambil inisiatif untuk menangani kes kematian akibat lemas pada musim tengkujuh berkenaan dengan penubuhan Pasukan Penyelamat dan Keselamatan Air (SWART) di negerinegeri berisiko termasuk Terengganu. 

Jelas beliau, SWART Terengganu berperanan memantau beberapa lokasi pantai yang negeri tersebut yang berisiko sepanjang musim tengkujuh.

 “Seramai 12 nelayan telah dilantik untuk menganggotai SWART dan mereka ditugaskan untuk memantau pantai di sekitar Kuala Nerus dan Dungun. 

“Dua daerah itu sebelum ini sering mencatatkan kes lemas pada musim tengkujuh. Malangnya, dua kes kematian yang direkodkan setakat ini berlaku di Pantai Kelulut dan Pantai Jambu Bongkok, Marang yang di luar kawasan kawalan,” katanya. 

Md. Hilman berkata, anggota SWART yang bertaraf bomba bantuan akan melakukan rondaan dan memberi khidmat nasihat kepada pengunjung di kawasan pantai terlibat. Beliau berkata, mereka juga berperanan untuk melakukan usaha penyelamatan awal sekiranya berlaku kes lemas.

No comments:

Post a Comment