Translate

Tuesday, February 16, 2021

Tak dapat pampasan kerana tiada Perkeso

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kemalangan yang dialami pada Jumaat lalu memberi kesedaran kepada seorang pekerja penghantaran makanan untuk mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso) semalam.

Muhammad Khasfi Rosli, 21, yang ditemani ahli keluarganya sanggup hadir di Wisma Perkeso Terengganu di sini bagi mendaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) biar pun dengan berkerusi roda.

"Saya ditimpa kemalangan ketika mahu mengambil makanan yang ditempah pelanggan di Jalan Budiman di sini pada kira-kira pukul 11 pagi, Jumaat lalu.

"Insiden itu menyebabkan tulang belakang saya mengalami kecederaan tetapi malangnya saya tidak memperolehi apa-apa pampasan kerana ketika itu belum mencarum dalam SKSPS," katanya ketika ditemui semalam.

Dia antara 400 pekerja penghantaran makanan dan barangan yang melakukan pendaftaran percuma SKSPS percuma secara pandu lalu.

Muhammad Khasfi berkata, kemalangan itu telah memberi kesedaran kepadanya untuk mencarum SKSPS kerana pekerjaannya berisiko tinggi terlibat sebarang insiden ketika bertugas.

Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin berkata, pendaftaran secara pandu lalu tersebut bukan sahaja mematuhi standard operasi standard (SOP) normal baharu malah lebih pantas.

"SKSPS melindungi pencarum selama setahun dengan menawarkan pelbagai faedah seperti faedah perubatan, hilang upaya sementara, orang tanggungan, pengurusan mayat dan kemudahan pemulihan jasmani dan vokasional," ujarnya.

No comments:

Post a Comment