Translate

Friday, February 12, 2021

Pegawai perancang bandar dan desa dituduh rasuah

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai perancang bandar dan desa di Majlis Daerah Besut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,500 pada tiga tahun lalu.

Tertuduh, Zariman Ibrahim, 41, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Berdasarkan pertuduhan, dia dituduh menerima suapan tersebut daripada seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Tertuduh dituduh menerima rasuah berjumlah RM4,500 menerusi akaun bank peribadinya pada 4 September 2018.

Zariman dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Hakim Dazuki membenarkan Zariman dibebaskan dengan wang jaminan RM5,000 dan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 9 Mac depan. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment