Translate

Thursday, February 18, 2021

Penderma darah turun mendadak sewaktu PKP

KUALA TERENGGANU – Bekalan darah untuk kegunaan pesakit di Terengganu kini berada dalam keadaan membimbangkan kerana ia hanya mampu bertahan untuk tempoh seminggu. 

Ketua Unit Transfusi Darah (UTD) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr. Mohd. Muhaimin Kambali berkata, ia agak menggusarkan kerana pendermaan darah di negeri ini menunjukkan trend penurunan ketara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

 “Bekalan darah di negeri ini mungkin boleh berada pada tahap kritikal sekiranya trend pendermaan darah terus merosot dalam tempoh seminggu lagi. 

“Penggunaan darah untuk pesakit di seluruh hospital di Terengganu adalah 350 beg seminggu, namun sejak seminggu lalu kita cuma menerima bekalan 150 beg daripada penderma,” katanya di Dewan Serbaguna Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran di sini semalam. 

Terdahulu beliau mengiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar memantau perjalanan kempen derma darah berkenaan. 

Mohd. Muhaimin berkata, antara faktor penurunan penderma darah adalah kebimbangan masyarakat untuk tampil ke pusat darah di hospital berikutan penularan pandemik Covid-19. 

Sehubungan itu, beliau menjelaskan UTD HSNZ telah mengambil inisiatif proaktif menganjurkan kempen derma darah di luar kawasan hospital dengan lebih kerap bagi menstabilkan semula bekalan darah. 

 “Selain mengikuti prosedur operasi standard norma baharu, jumlah penderma darah juga dihadkan pada satu-satu masa di lokasi terlibat bagi menjamin keselamatan orang ramai. 

“Oleh itu, individu yang sihat dan berkelayakan disaran tampil menderma darah tanpa rasa bimbang,” katanya. 

Muhaimin berkata, berdasarkan pengalaman lalu, kegunaan darah dalam kalangan pesakit sedikit menurun kerana banyak pembedahan ditangguhkan semasa PKP

No comments:

Post a Comment