Translate

Friday, February 19, 2021

ASP antara pegawai kena buang kerja di Terengganu

KEMAMAN – Seramai 130 pegawai dan anggota polis di Kontinjen Terengganu dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan termasuk penyalahgunaan dadah sepanjang tahun lalu. 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, ia melibatkan 12 pegawai kanan, 112 anggota berpangkat rendah dan enam pegawai awam. 

Menurutnya, lima daripada anggota dan pegawai polis terbabit termasuk seorang berpangkat Asisten Superintendan terpaksa dibuang kerja setelah siasatan tatatertib menyabitkan kesalahan mereka. 

“Seramai 17 orang pula menjalani hukuman tahan kerja, manakala sembilan lagi dikenakan hukuman pergantungan kerja sepanjang tahun 2020. 

“Mereka dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan termasuk melakukan jenayah,” katanya selepas majlis penyampaian pangkat anggota polis di sini semalam. 

Roslee berkata, setakat ini, sebanyak 72 kertas siasatan tatatertib telah selesai, manakala bakinya masih dalam siasatan. Ujarnya, antara jenayah paling serius ialah kesalahan dadah melibatkan 11 daripada 130 pegawai dan anggota polis terbabit. 

“Tiada kompromi terhadap sebarang pelanggaran salah laku pegawai dan anggota polis kerana ia mencemarkan imej badan keselamatan tersebut. 

“Bagi saya, mereka umpama pengkhianat kepada Polis Diraja Malaysia terutama yang terlibat dalam jenayah dadah,” katanya

No comments:

Post a Comment