Translate

Wednesday, February 17, 2021

10 lagi sekolah di Kuala Terengganu diarah tutup

KUALA TERENGGANU – Sepuluh lagi sekolah di bandar raya ini telah diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Terengganu berikutan penularan pandemik Covid-19. 

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Dir, SK Seri Budiman, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Gong Tok Nasek dan SK Pusat Kuala Ibai. 

“SK Kesom, SK Pulau Manis, SK Bukit Petiti, SK Manir dan SK Kedai Buloh turut diarahkan tutup selama tujuh hari berkuat kuasa semalam. 

“Kesemua sekolah terbabit ditutup mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya di sini semalam. 

Nor Azimi berkata, kerjakerja sanitasi bagi nyah kuman perlu dilakukan di setiap sekolah tersebut dalam tempoh berkenaan. 

Kosmo! kelmarin melaporkan SK Sultan Sultan Sulaiman I dan SK Paloh di sini diarahkan tutup selama 14 hari sehingga 5 Februari depan. 

Penutupan tersebut berikutan lapan guru di sekolah terbabit disahkan dijangkiti Covid-19.

 Dalam pada itu di Sabah, seramai 48 pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tulid, Keningau dikuarantin selepas menjadi kontak rapat kepada seorang guru sekolah sama. 

Guru terbabit disahkan positif pada hari sama kelmarin selepas menjalani ujian calitan Covid-19 pada Khamis lalu. 

Semua pelajar terbabit difahamkan sudah dibawa ke Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau bagi menjalani saringan dan kuarantin. 

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid, Flovia Ng mengesahkan berita yang tersebar semalam berkaitan semua pelajar sekolah menengah terbabit sedang dikuarantin.

No comments:

Post a Comment