Translate

Thursday, February 4, 2021

Guna LPT2 untuk elak terperangkap banjir

 KUALA TERENGGANU – Orang ramai yang terkesan dengan musim tengkujuh di Pantai Timur terutamanya yang terperangkap ekoran penutupan jalan akibat banjir digesa agar menggunakan perkhidmatan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

 Pengurus Perniagaan LPT2 Sdn Bhd., Roszi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, penggunaan lebuh raya di LPT2 akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada para pengguna yang terlibat. 

“Kami menggalakkan orang ramai di Pantai Timur menggunakan lebuh raya LPT2 yang lebih selamat, selesa dan lebih mudah. 

“Lebuh raya kami menyediakan bukan sahaja kawasan rehat yang bersih, tetapi juga 60 anggota LPT2 Ronda yang terlatih serta 30 pasukan rondaan sekiranya berlaku kecemasan,” kata Roszi. 

Jelasnya, sekiranya berlaku kecemasan, para pengguna lebuh raya juga boleh memilih untuk berhenti di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Perasing, Paka dan Ajil.

No comments:

Post a Comment