Translate

Tuesday, February 16, 2021

Sukarelawan UniSZA tampil hulur bantuan pasca banjir

PRIHATIN. Seramai 80 pelajar dan kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menghulurkan bantu pasca banjir kepada penduduk Kemaman, Terengganu barubaru ini. 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UniSZA, Prof Dr. Mohd. Afandi Salleh berkata, program di bawah Misi Bantuan Banjir UniSZAKementerian Pengajian Tinggi (KPT) tersebut ialah membersih dan membaiki kediaman penduduk yang telah rosak akibat banjir besar sebelum ini. 

Beliau berkata, sukarelawan tersebut berjaya membersihkan 25 buah rumah, tadika, balai raya dan surau di sekitar daerah itu dalam tempoh satu hari. 

“Misi bantuan pasca banjir ini turut dilaksanakan melibatkan negeri-negeri lain yang terjejas ekoran banjir seperti Johor, Perak, Pahang dan Kelantan," katanya.

No comments:

Post a Comment