Translate

Sunday, October 11, 2026

Usaha sama EPIC, Timor Gap

KUALA TERENGGANU – Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) telah menjalin kerjasama dengan syarikat minyak dan gas nasional Timor Leste, Timur Gas & Petroleo (Timor Gap) bagi membangunkan Pangkalan Bekalan Suai (SSB) di negara tersebut. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Dr. Muhtar Suhaili berkata, pembangunan SSB dirancang sebagai pangka lan bekalan logistik dan marin utama yang menyokong operasi minyak dan gas luar pesisir di Laut Timor. 

“EPIC yang berpengalaman mengendalikan Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) akan menyumbang kepakaran tekni kal dan operasi kepada Timor Gap bagi membangunkan SSB,” katanya di sini semalam.

Terdahulu beliau yang me wakili EPIC menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Timor Gap yang diwakili Presidennya, Rui Soa res di Dili, TimorLeste pada minggu lalu.

 Muhtar berkata, pembinaan SSB dirancang untuk menjadi pangkalan logistik dan pusat perkhidmatan bagi industri pe troleum TimorLeste.

No comments:

Post a Comment