Translate

Saturday, February 20, 2021

Persiapan 560 calon SPM, STPM di Terengganu didapati terjejas akibat banjir

 KUALA TERENGGANU – Persiapan seramai 560 calon peperiksaan utama di Terengganu dikenal pasti terjejas berikutan negeri itu dilanda lima gelombang banjir setakat ini. 

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Terengganu, Mohd. Sharif Ab. Latif berkata, ia merangkumi 480 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 80 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). 

“Seramai 475 guru juga telah menjadi mangsa banjir dalam lima episod bencana alam berkenaan yang hanya berakhir pada 11 Januari lalu. 

“Pada masa sama, banjir tersebut turut menjejaskan 12 sekolah yang kebanyakannya berada di daerah Kemaman dan Dungun,” katanya di sini semalam. 

Mohd. Sharif berkata, kesemua sekolah tersebut termasuk lapan di Kemaman telah ditenggelami banjir setinggi antara dua hingga 3.65 meter. 

Namun, beliau memberitahu tiada kerosakan harta-benda sekolah yang ketara dilaporkan disebabkan banjir. 

“Kebanyakan pengurusan sekolah telah membuat persiapan awal memindahkan aset berharga sekolah seperti komputer dan buku ke tempat lebih tinggi,” katanya. 

Terdahulu, Terengganu melalui lima fasa bencana banjir bermula 17 November lalu.

No comments:

Post a Comment