Translate

Tuesday, February 16, 2021

Murid SK Menerong, Lubuk Periuk di Hulu Terengganu dapat bantuan sekolah

PRIHATIN. Sembilan Kelab bola sepak komuniti dan kelab penyokong berganding bahu menyampaikan bantuan persekolahan  kepada 165 murid sekolah rendah di Pusat Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong, Hulu Terengganu baru-baru ini.

Penyelaras program, Mohd. Arif Kori berkata, sumbangan tersebut disasarkan kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Periuk dan SK Menerong yang terjejas banjir baru-baru ini.

Beliau berkata, antara kelab bola sepak komuniti yang terlibat dalam program amal tersebut ialah FC Pemanis, U.C Viching, Shah Alam Antlers FC, Kerteh FC,  The Ohana FC, Klang Valley Bois FC dan Makcik Lawa FC. 

"Murid-murid berkenaan menerima bantuan persekolahan berupa beg sekolah, set alat tulis, pelitup separuh muka dan cecair sanitasi," katanya.

No comments:

Post a Comment