KUALA TERENGGANU – Seorang pengusaha keropok keping kerugian hampir RM10,000 selepas premis perniagaannya terbakar di Kampung Pantai, Kuala Ibai di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 7.15 malam itu menyebabkan 250 kilogram (kg) keropok keping yang sudah ditempah menjelang Tahun Baru Cina hangus.
Pengusahanya, Muhamad Aidil Harun, 44, berkata, ketika kejadian, sebahagian keropok itu sedang disalai bagi mempercepatkan proses pengeringan dengan menggunakan dapur gas.
"Seorang pekerja ternampak api marak dari bahagian dapur dipercayai akibat merebak daripada percikan api yang terkena bidai buluh berdekatan," katanya di sini semalam.
Api merebak dengan cepat menyebabkan mangsa terpaksa menghubungi bimba.
Disebabkan kejadian itu, kesemua 250 kg keropok keping yang ditempah menjadi abu.
"Perkasasan dapur saya musnah, yang penting saya dan pekerja selamat," katanya.
No comments:
Post a Comment