Translate

Thursday, February 11, 2021

Sukarelawan jururawat UniSZA sertai Misi Bantuan Covid-19 keloaan KKM

BAKTI. Seramai 25 sukarelawan jururawat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Misi Bantuan Covid-19 kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, seramai 19 sukarelawan tersebut akan melapor diri di dua Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 (PKRC) Terengganu yang terletak di Kuala Terengganu.

Beliau berkata, baki enam lagi sukarelawan tersebut pula akan ditempatkan di Pusat Kuarantin Malaysia di Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.

"Semoga sukarelawan jururawat UniSZA ini dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan dilindungi daripada jangkitan Covid-19," katanya.

No comments:

Post a Comment