Translate

Sunday, February 21, 2021

Lima premis tidak patuh SOP dikompaun

KUALA TERENGGANU - Lima premis perniagaan di bandar raya ini dan Kemaman telah dikompaun dalam operasi kelmarin setelah didapati gagal menetapi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, kesemua pengusaha premis perniagaan itu masing-masing dikenakan kompaun RM1,000.

"Lima premis perniagaan itu meliputi tiga kedai menjual aksesori telefon dan masing-masing kedai karpet dan pusat pemborong.

"Pemeriksaan di bandar raya ini berjaya menemukan dua premis perniagaan yang melakukan kesalahan itu manakala dua di Kemaman," katanya di sini semalam.

Saharuddin berkata, kesalahan yang dikesan ialah  kegagalan menyediakan peralatan untuk merekod butiran diri dan peralatan suhu serta tidak merekod maklumat pelanggan   secara manual atau melalui aplikasi MySejahtera.

No comments:

Post a Comment