KUALA TERENGGANU - Seorang penjawat awam berputih mata selepas kerugian RM120,000 apabila terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang berpangkalan di Indonesia baru-baru ini.
Lelaki berusia 28 tahun yang menyedari ditipu telah membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada pukul 9.04 pagi, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya mangsa tertarik dengan tawaran skim pelaburan sebuah syarikat yang kononnya berpangkalan di Indonesia April tahun lalu.
Katanya, lelaki itu kemudian mengadakan pertemuan dengan dua wanita dikenali sebagal Amirah dan Wan Siti Aisyah yang didakwa menjadi ejen skim pelaburan berkenaan pada 3 Mel tahun lalu.
"Dia yang tertarik dengan keuntungan berganda kononnya ditawarkan membuat pinjaman peribadi bagi melakukan pelaburan.
"Wang tunai sebanyak RM138,000 didakwa telah diserahkan mangsa secara berperingkat kepada wanita terbabit," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Azli berkata, kedua-dua suspek dikatakan menjanjikan keuntungan keseluruhan RM286,800 daripada pelaburan yang dilakukan mangsa.
Beliau memaklumkan, bagaimanapun lelaki tersebut hanya menerima pulangan RM18,000 yang dilunaskan antara bulan Jun hingga Ogos lalu.
"Mangsa yang berasa tertiputelah membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu kelmarin (Khamis lalu).
"Kes sedang disiasat mengikutSeksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya.
No comments:
Post a Comment