Translate

Sunday, August 30, 2026

AI bantu Maidam proses, agih bantuan

 

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah mempermudahkan proses permohonan dan penyaluran bantuan menerusi asnaf menerusi pengendalian sepenuhnya secara dalam talian dan penggunaan kecerdasan buatan (AI). 

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Azrin Adnan berkata, permohonan bantuan asnaf kini boleh dilakukan terus secara dalam talian. 

“Tidak perlu lagi ke pejabat Maidam negeri atau cawangan untuk menghantar borang dan dokumen sokongan diperlukan. 

“Muat naik terus ke dalam sistem secara dalam talian, permohonan terus diproses setelah nombor rujukan diberikan,” katanya di sini semalam. 

Terdahulu beliau menerima zakat korporat berjumlah RM100,000 daripada McDonald’s Malaysia yang diwakili Naib Presiden Kanannya, Azhar Darbi. 

Ahmad Azrin berkata, pegawai penyiasat Maidam bertanggungjawab akan memproses setiap permohonan tersebut dengan segera dengan bantuan AI. 

Beliau berkata, penambahbaikan sistem permohonan tersebut juga dapat melicinkan dan mempercepatkan lagi penyaluran bantuan kepada asnaf.

No comments:

Post a Comment