KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) semalam memusnahkan dua buah bot nelayan Vietnam yang dirampas ketika mereka menceroboh perairan negara bagi mencuri hasil laut untuk dibawa pulang ke negara mereka.
Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abd. Majid berkata, tindakan itu dilakukan selepas mendapat perintah lucut hak oleh mahkamah sebelum ini.
“Pelupusan ke atas dua bot nelayan Vietnam terbabit merupakan kali pertama dilaksanakan APMM Terengganu pada tahun ini.
“Kita menggunakan jentolak untuk menghancurkan dua bot yang mempunyai berat di bawah 70 tan itu,” katanya di sini semalam.
Mohd. Khairulanuar berkata, dua bot itu dirampas ketika digunakan sekumpulan 12 nelayan Vietnam untuk mencandat sotong secara haram di kedudukan 112 dan 181 kilometer dari Kuala Terengganu tahun lalu.
Pelupusan dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985
No comments:
Post a Comment