Translate

Wednesday, January 31, 2024

Demam denggi negara naik 129.2 peratus

KUALA TERENGGANU – Kes demam denggi di seluruh negara sejak awal tahun ini semakin membimbangkan dengan peningkatan mendadak sehingga 129.2 peratus. 

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, sejak Januari hingga 16 Julai lalu, sebanyak 63,966 kes direkodkan berbanding 27,914 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. 

“Kematian akibat demam denggi juga meningkat kepada 45 orang berbanding cuma 19 orang pada tempoh sama pada tahun lalu. 

“Ia peningkatan 26 kematian atau 136.8 peratus,” katanya di Program Perumahan Rakyat Padang Hiliran di sini semalam. 

Terdahulu, beliau ditemui selepas merasmikan program Madani Afiat dan One Hour Malaysia Clean Up peringkat Terengganu. 

Zaliha berkata, program One Hour Malaysia Clean Up yang merupakan aktiviti gotong-royong melibatkan komuniti merupakan antara strategi untuk menangani wabak denggi. 

Jelas beliau, program tersebut akan diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali dan setakat ini, ia telah diadakan di Selangor, Kedah dan Terengganu.

No comments:

Post a Comment