Translate

Sunday, January 28, 2024

Yayasan Pendidikan Maidam taja asnaf belajar animasi

KUALA TERENGGANU – Yayasan Pendidikan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengambil inisiatif menghantar 20 belia asnaf negeri itu menjalani latihan dalam bidang animasi tiga dimensi (3D). 

Pengerusi Lembaga Pengarah Maidam, Datuk Wan Ismail Wan Yusoh berkata, penajaan latihan aminasi 3D itu bertujuan membantu asnaf terbabit memanfaatkan kemahiran digital bagi mengubah nasib diri dan keluarga. Katanya, latihan selama enam bulan itu dikendalikan syarikat animasi dan grafik, Artiseni Sdn. Bhd. 

“Kita percaya, industri animasi mempunyai permintaan tinggi yang menjanjikan peluang pekerjaan kepada golongan tersebut. 

“Ia bakal menjadi pemangkin kepada mereka untuk mengubah nasib diri dan keluarga, sekaligus keluar daripada kemiskinan,” katanya di sini semalam. 

Terdahulu beliau hadir pada majlis perasmian Kampus Kreatif yang sempurnakan Pengerusi Pusat Sehenti Digital Terengganu, (TD1303), Ariffin Deraman. 

Wan Ismail berkata, kesemua pelatih terbabit bakal diserapkan di syarikat animasi seluruh negara sebaik tamat latihan dalam tempoh enam bulan. 

Ujarnya, mereka akan diberi kontrak kerja sekurang-kurangnya setahun untuk berkhidmat di syarikat animasi terpilih. 

“Peluang kerja dalam bidang animasi 3D amat terbuka luas termasuk menjadi pencipta kandungan. “Harapan kita kursus ini turut dalam menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi berasaskan digital di Terengganu,” katanya

No comments:

Post a Comment