Translate

Sunday, January 7, 2024

Dungun, Setiu pulih banjir

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang kedua melanda Terengganu sejak Khamis lalu semakin pulih dengan 20 mangsa daripada empat keluarga sahaja masih terjejas.

Dungun dan Setiu menjadi daerah terbaharu pulih sepenuhnya daripada banjir dengan 44 mangsa daripada sembilan keluarga yang sebelum ini berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sebentar tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Marang menjadi satu-satunya daerah masih terjejas banjir di negeri ini hari ini.

“Kesemua 20 mangsa daripada empat keluarga itu masih berlindung di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang. Mereka terdiri daripada sembilan dewasa, lapan kanak-kanak dan tiga bayi,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, hujan bagaimanapun masih turun di beberapa kawasan di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment