Translate

Sunday, January 14, 2024

Banjir Pantai Timur masih belum surut

 Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA dan MOHD. AZLI ADLAN 

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu tidak menunjukkan sebarang ketara apabila jumlah mangsa terlibat hanya berkurang kepada 25,777 semalam, berbanding pada 26,000 kelmarin. 

Bagaimanapun, keadaan cuaca kembali cerah dan tiada hujan semalam. 

 Di Kelantan, mangsa banjir sehingga pukul 4 petang semalam mencatatkan seramai 17,378 orang yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS). 

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa itu terdiri daripada 5,390 keluarga yang ditempatkan di 73 buah pusat pemindahan sementara (PPS). 

“Setakat ini, lima daerah terjejas banjir iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai.

“Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa paling tinggi dengan 13,844 orang, Kuala Krai (1,896), Tanah Merah (902), Gua Musang (105), dan Kota Bharu (42),” katanya. 

Katanya, Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Sungai Golok (Rantau Panjang) masih melepasi bacaan paras bahaya. 

Menurutnya, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja (Kota Bharu) dan Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) masih melepasi tahap amaran.

 “Sungai Golok di Empangan Bukit Kwong mencatatkan bacaan berjaga-jaga manakala sungai lain di negeri ini masih berada pada paras normal,” katanya. 

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, lima PPS di Pasir Puteh, Machang dan Jeli tutup sepenuhnya semalam. 

Di Hulu Terengganu pula, mangsa yang masih berlindung di 90 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini ialah seramai kepada 8,399 mangsa daripada 2,390 keluarga. 

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun menjadi daerah paling terjejas dengan 2,860 mangsa daripada 776 keluarga berada di 33 PPS. 

 “Seramai 2,728 mangsa daripada 896 keluarga masih berada di 22 PPS di Hulu Terengganu.

 “Sebanyak 10 PPS yang menempatkan 1,227 mangsa daripada 336 keluarga masih dibuka di Kemaman,” katanya di sini semalam. 

 Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Besut mempunyai 585 mangsa daripada 110 keluarga di lima PPS. T

ambah beliau, seramai 377 mangsa daripada 118 keluarga berada di 12 PPS di Setiu.

No comments:

Post a Comment