Translate

Wednesday, January 3, 2024

Mangsa lemas Sungai Tok Hakim berjanji buat cromboloni

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – ­Keluarga murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Besar, Kuala Nerus yang me­ninggal dunia akibat lemas menceritakan mangsa begitu teruja untuk menjamu mereka dengan pastri tular, cromboloni sebelum menemui ajal pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, Nor Ashikin Alias, 51, berkata, hajat Muhammad Harraz Il Man Mohd. Syahril Redhuan, 11, itu tidak kesam­paian apabila mayatnya ditemui di dasar Sungai Tok Hakim di sini pada pukul 11 pagi kelmarin.

Katanya, arwah mempunyai kecenderungan memasak walaupun masih kanak-kanak.

“Saya pulang ke kampung dari Puchong, Selangor untuk menjenguk keluarga pada cuti sekolah. Sebaik sampai, arwah teruja dan berjanji untuk buat cromboloni semalam (kelmarin) tetapi dia pergi sehari sebe­lumnya,” katanya ketika ditemui di Kampung Gong Kemunting di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan Muhammad Harraz Il Man tergelincir sebelum dihanyutkan arus deras pada pukul 4.35 petang.

Jenazah Muhammad Harraz Il Man selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji ­Idris di sini pada pukul 5.35 petang kelmarin.

Menurut Nor Ashikin, mereka tidak menyangka arwah pergi bermain di sungai bersama adiknya, Muhammad Firas Wafiy, 9, yang terletak satu kilometer dari rumahnya.

“Dua beradik itu minta izin de­ngan ibu mereka, Zarina Ahmad, 41. Tidak sangka mereka pergi ke tempat yang tidak pernah dikunjungi sebelum ini,” katanya.

Seorang Guru, Ahmad Taufik Yusof pula terkilan kerana gagal menyelamatkan mangsa.

No comments:

Post a Comment