Translate

Sunday, January 28, 2024

Premis saji sandwic basi berdepan tindakan perundangan

 KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mendapati wujud pelanggaran dalam etika pemakanan sehingga berlaku kes keracunan makanan yang meragut nyawa seorang wanita berusia 54 tahun di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman, tiga minggu lalu. 

 Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, keputusan ujian makmal terhadap sampel makanan dan peralatan premis terbabit mengesahkan pelanggaran tersebut. 

 “Keputusan makmal menunjukkan wujud pelanggaran di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. 

“Tindakan perundangan sedang diambil ke atas peniaga terlibat,” katanya di sini semalam.

 Kosmo! pada 24 Disember lalu melaporkan seorang wanita, Khatijah Mohamed meninggal dunia akibat keracunan makanan disyaki selepas menikmati makanan basi di medan selera kawasan R&R Perasing.

 Wanita yang berasal dari Johor Bahru itu mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah selepas memakan makanan yang dipercayai telah basi. 

 Dia meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada 19 Disember lalu. 

 Kasemani menegaskan, tindakan perundangan termasuk pendakwaan ke mahkamah boleh diambil terhadap pengendali makanan cuai sehingga menyebabkan sajian dijual tercemar. Jelas beliau, makanan yang dicemari bendasing seperti bakteria dan virus boleh memudaratkan kesihatan pengguna. 

“Sehubungan itu, pengendali makanan diingatkan sentiasa menitik berat aspek kebersihan dan keselamatan makanan. 

 “Pengguna pula dinasihatkan mengamalkan konsep ‘perhati dan pilih’ sebelum membeli makanan,” katanya.

No comments:

Post a Comment