Translate

Friday, January 26, 2024

Semua calon PH, BN lepasi saringan kesihatan

KUALA TERENGGANU – Semua calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) telah menjalani saringan kesihatan. 

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ia adalah satu kriteria yang perlu diambil berat oleh semua parti bertanding agar calon dipilih kelak mampu menggalas tanggungjawab dengan cemerlang sehingga habis penggal. 

Beliau berkata, saringan kesihatan adalah prosedur operasi standard (SOP) dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memastikan calon bertanding layak dari aspek kesihatan. 

“Bagi calon-calon dari parti lain, saya tidak pasti, namun biasanya parti-parti akan melakukan demikian (menjalani saringan kesihatan). 

“Kita perlu pastikan calon kita (PH dan BN) bukan sahaja berwibawa untuk bertanding kerana membawa harapan parti dan Kerajaan Perpaduan malah mereka juga sihat,” katanya di sini semalam. 

Terdahulu beliau ditemui selepas mengiringi calon PH bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Azan Ismail serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Datuk Mohd. Sabri Alwi dari BN di Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

No comments:

Post a Comment