Translate

Sunday, January 7, 2024

Banjir: 1,302 mangsa masih berada di PPS Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu pada Khamis lalu mula menampakkan pemulihan dengan mangsa terjejas semakin menurun kepada 1,302 orang daripada 296 keluarga hari ini.

Sebanyak 16 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperadi di lima daerah iaitu Dungun, Marang, Setiu, Hulu Terengganu dan Besut.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun kekal daerah paling terjejas dengan 985 mangsa daripada 240 keluarga masih berada di sembilan PPS.

“Seramai 252 mangsa daripada 43 keluarga pula masih berlindung di empat PPS di Marang.

“Sebuah PPS yang menempatkan 48 mangsa daripada 10 keluarga pula masih dibuka di Setiu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Hulu Terengganu semakin pulih dengan hanya sembilan sekeluarga masih berlindung di sebuah PPS.

Tambahnya, seramai lapan mangsa daripada dua keluarga pula ditempatkan di satu-satunya PPS di Besut iaitu Sanggar Dato’ A. Rahim.

“Walaupun banjir di Terengganu menunjukkan trend penurunan, langkah pemantauan masih diambil memandangkan beberapa kawasan di negeri ini masih hujan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment