Translate

Friday, January 19, 2024

Penjara 3 tahun jika goda isteri orang di Terengganu

 KUALA TERENGGANU – Lelaki yang menggoda isteri orang di Terengganu masih boleh dikenakan tindakan undang-undang walaupun Mahkamah Persekutuan pada minggu lalu memutuskan Seksyen 498 Kanun Keseksaan tidak lagi boleh diguna pakai dalam prosiding jenayah. 

 Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd. Zakri Wan Mohd. berkata, perbuatan menggoda isteri orang merupakan kesalahan syariah mengikut Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.

 “Jika sabit kesalahan, individu yang didapati bersalah memujuk isteri orang boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-dua sekali. 

 “Mahkamah syariah juga boleh mengarahkan wanita terbabit kembali patuh kepada suaminya,” katanya. 

 Terdahulu beliau ditemui pada majlis penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah kepada 21 ibu tunggal yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Maliaman Kassim. 

 Wan Mohd. Zakri berkata, berbanding hukum sivil, sistem perundangan syariah menganggap isteri adalah milik suami.

 Jelas beliau, ia kerana berdasarkan undang-undang Islam, suami bertanggungjawab penuh terhadap isterinya. 

 Pada 16 Disember lalu, Kosmo! melaporkan Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 498 Kanun Keseksaan tidak lagi boleh diguna pakai dalam prosiding jenayah untuk mendakwa lelaki yang menggoda isteri orang.

No comments:

Post a Comment