Translate

Friday, February 2, 2024

Terengganu pulih sepenuhnya daripada banjir gelombang keempat

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang keempat yang melanda Terengganu sejak sembilan hari lalu berakhir hari ini apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi sebelum ditutup sepenuhnya sebentar tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, PPS Dewan Kampung Orang Ramai Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor, Hulu Dungun dibenar menutup operasi pada pukul 4 petang tadi.

Beliau berkata, kesemua 463 mangsa daripada 149 keluarga terbabit telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Sebelum ini, seramai 237 mangsa daripada 88 keluarga berlindung di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

“Seramai 226 mangsa daripada 61 keluarga pula berada di PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor,” katanya di sini hari ini.

Banjir gelombang keempat mula melanda Terengganu pada 23 Januari lalu melibatkan hampir 2,000 orang melibatkan lima daerah iaitu Dungun, Hulu Terengganu, Besut, Marang dan Setiu. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment