Translate

Sunday, January 21, 2024

BN Terengganu sedia manifesto khas untuk warga Felda

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) menyediakan manifesto khas kepada warga tanah rancangan Felda negeri tersebut sekiranya berjaya merampas semula Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini. 

Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kebajikan warga 20 tanah rancangan Felda yang terdapat di negeri berkenaan menjadi keutamaan parti tersebut. 

Beliau berkata, aku janji khas berkenaan mengandungi lima tawaran bagi mengupayakan warga Felda terbabit dalam mendepani cabaran masa depan. 

“BN Terengganu akan memberi tumpuan menyediakan lot perumahan kepada semua peneroka Felda di negeri ini. 

“Pembinaan perumahan generasi baharu Felda kelak akan dilakukan menerusi agensi kerajaan negeri,” katanya di sini semalam. 

Ahmad berkata, aktiviti ekonomi di kawasan Felda juga akan digiatkan lagi dengan fokus diberikan terhadap pertanian moden, eko-pelancongan dan agro-pelancongan. 

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal itu berkata, BN juga memohon agar wakil Terengganu dilantik dalam Lembaga Felda bagi membolehkan suara negeri itu lebih didengari. 

“Kita juga akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan Felda dan sekitar bagi meminimumkan penghijrahan keluar belia dari tanah rancangan,” katanya. 

Ahmad berkata, kerajaan negeri juga akan mengambil alih penyelenggaraan jalan di kawasan Felda sekiranya BN menguasai Terengganu. 

Jelas beliau, ia bagi memastikan tahap infrastruktur Felda di negeri tersebut sentiasa terjaga.

No comments:

Post a Comment