Translate

Monday, January 22, 2024

Banyak paip reput

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

TERENGGANU memasuki tirai tahun 2024 dengan ujian gangguan bekalan air yang menjejaskan 2,670 akaun pengguna di Bukit Keluang, Besut.

Masalah disebabkan kebocoran paip penyaluran air di dasar Sungai Besut berhampiran Jambatan Kampung Lampu yang berlarutan hampir tiga minggu itu baru dapat diselesaikan semalam.

Sebagai rekod, ini kali ketiga Terengganu mengalami masalah gangguan air melibatkan pengguna dalam skala besar dan berlarutan agak lama dalam tempoh kurang tiga tahun.

Sebanyak 23,100 akaun pengguna di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu pernah merasai keperitan ketiadaan bekalan air selama hampir dua bulan pada Ogos 2021.

Ia diikuti sebahagian penduduk Gugusan Felda Kerteh dan Paka, Dungun pada 18 Januari tahun lalu.

Secara kebetulan, ketiga-tiga gangguan air luar jangka itu berlaku disebabkan isu sama iaitu paip penyaluran air pecah.

Ia mendedahkan hakikat selain daerah Kuala Terenggganu yang baru dinaik taraf beberapa tahun lalu, masih banyak lagi paip penyaluran air di seluruh negeri ini berada dalam keadaan uzur dan memerlukan penggantian.

Jelas beliau, kerja-kerja kejuruteraan yang terlalu teknikal melibatkan kos tinggi menyebabkan kerja-kerja penggantian tidak dapat dilakukan segera.

“Sehubungan itu, kebenaran pelarasan tarif air bagi pengguna domestik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara mulai awal bulan depan memberi peluang Syarikat Air Terengganu (Satu) sebagai operator untuk menstabilkan kedudukan kewangannya.

“Ia membolehkan banyak isu tertunggak sebelum ini dapat diselesaikan demi memberi perkhidmatan air yang lebih berkualiti kepada rakyat Terengganu,” katanya.

Hanafiah menjelaskan Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang tidak terikat dengan Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri dikelolakan Pengurusan Aset Air Berhad.

Sehubungan itu, kebanyakan kos operasi dan pembangunan sistem bekalan air bergantung sepenuhnya dengan kedudukan kewangan Satu dan dana kerajaan negeri Terengganu.

Dalam perkembangan sama, Hanafiah memberitahu, Satu memperuntukkan RM180 juta bagi menampung kos operasi termasuk mengabstrak, memproses serta membekalkan air terawat kepada pengguna negeri ini.

“Satu juga perlu melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air selain isu luar jangka seperti pembaikan paip penyaluran air pecah,” katanya.

Rekod menunjukkan 83 peratus daripada 341,546 akaun pengguna Satu merupakan pengguna domestik.

No comments:

Post a Comment