Translate

Sunday, January 21, 2024

Bungkusan putih disangka bom gemparkan kompleks mahkamah

KUALA TERENGGANU – Kakitangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu di sini semalam gempar dengan penemuan bungkusan objek mencurigakan menyerupai bom. 

 Bungkusan berwarna putih yang diletakkan berhampiran pintu pagar utama premis berkenaan ditemui oleh seorang pengawal keselamatan pada pukul 6.45 pagi. 

 Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu digegaskan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima maklumat. 

 “Pemeriksaan mendapati bungkusan itu mengandungi bateri yang dibalut dengan kertas A4 selain serpihan objek disyaki lampu suluh. 

 “Unit Pemusnah Bom IPK Terengganu kemudiannya telah mengambil tindakan pantas memusnahkan objek berkenaan,” katanya di sini semalam. 

Mazli berkata, pemeriksaan awal mendapati, bungkusan itu sebenarnya tidak mempunyai unsur bahan letupan yang boleh membahayakan keselamatan. 

 Tambah beliau, barang kes itu telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis.

No comments:

Post a Comment